Wednesday, November 9, 2011

Enteri ketiga

Keadilan dalam mencari kekayaan


Idea asal:

  • masa atau waktu
  • kemerdekaan atau kebebasan
  • kepercayaan masyarakat
  • kesihatan
Kekayaan boleh di sama ertikan sebagai adil, ini kerana setiap manusia mempunyai kekayaan tersendiri tanpa mengira darjat mahupun keturunan dalam mengumpul kekayaan yang ada. Perkataan kaya itu membawa maksud mempunyai sesuatu yang berharga dalam hidup sama ada dari kebendaan ataupun bukan kebendaan. Manakala kekayaan pula bermaksud hasil yang diperolehi daripada usaha yang dilaksanakan. Ini menunjukkan, kekayaan merupakan sesuatu yang adil dalam hidup setiap manusia kerana ia dapat dirasai oleh semua masyarakat.

Ayat tesis: 
Harga sebuah kekayaan yang sebenar hanya dapat dilihat melalui kesihatan diri dan juga amalan yang di amalkan oleh masyarakat.

Isi yang dibincangkan:
  1. Kesihatan
  • Penyakit asma: Penyakit ini sering dialami oleh golongan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia berpunca daripada makanan ringan dan cara mengawal penyakit asma adalah dengan mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan harian. Ini kerana, buah-buahan dapat mengurangkan dan mengawal simptom alahan, asma dan masalah yang melibatkan sistem respirasi.
  • Penyakit kanser: Kanser merupakan penyakit yang boleh berlaku dalam setiap individu dan penyakit ini juga akan membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan kadar yang segera. 
     2. Kepercayaan yang diamalkan dalam masyarakat
  • Rawatan organ dengan teori Zhang Fu: Rawatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat cina, bagi menghalang penyakit. Ia juga dikenali sebagai rawatan alternatif dan terkenal di kalangan masyarakat Barat. Antara kaedah yang digunakan ialah teori Zhang Fu, Yin dan Yang, teori Lima Elemen, Formula Herba, Konsep Qi dan sebagainya.
  • Perubatan Ayurveda: Ayurveda merupakan perubatan tradisional India yang menumpukan pada bahan dan tindakan untuk kesejahteraan hidup. Rawatan ini bertujuan untuk mencegah dan merawat penyakit disamping menjaga tubuh , fikiran dan kesegaran dengan mengurut dan juga ubat-ubatan herba.
Kesimpulan/penutup:

Sesungguhnya harga sesebuah kekayaan dan keadilan individu adalah berpandukan kepada gaya hidup yang diamalkan oleh setiap individu itu sendiri. Sekiranya kita mengamalkan gaya hidup sihat nescaya keadilan dalam mencari kekayaan tidak menemui jalan yang buntu.