Friday, March 7, 2014

maksud setiap bentuk assessment

Jelaskan maksud setiap bentuk assessment berikut:
a)      Environmental impact assessment

Environmental impact assessment (EIA), merupakan satu penilaian yang dibuat ke atas alam sekitar bagi mengenalpasti, menilai atau meramal dan menyampaikan maklumat tentang kesan positif atau negatif terhadap persekitaran akibat daripada projek pembangunan yang dilakukan. Serta menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi menjamin kesan terhadap alam sekitar dapat diminimumkan setelah sesuatu projek pembangunan diluluskanm. Selain itu, EIA juga adalah satu kaedah kajian yg dilakukan bagi mengimbangi faktor-faktor alam sekitar dengan sesuatu projek pembangunan yang akan dijalankan.

Menurut Mohd Nadzri Jaafar (1998), menangguhkan penilaian alam sekitar hingga ke peringkat projek akan menjejaskan peluang untuk mengenal pasti pilihan-pilihan strategic yang boleh menghasilkan pengeluaran yang lebih terurus selain mengurangkan risiko alam semulajadi yang menjadi asas pembangunan dan pertumbuhan.

Di samping itu juga, EIA adalah satu kaedah yang memerlukan komunikasi atau hubungan dua pihak dalam melaksanakan kajian terhadap impak alam sekitar dalam sesuatu projek pembangunan iaitu melibatkan masyarakat setempat, pemaju dan pihak berkuasa bagi memastikan menjamin mutu alam sekitar. Dengan ini, mereka dapat menyenaraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila wujud impak yang negatif terhadap perlaksanaan projek pembangunan tersebut.

b)      Hazard and risk assessment
Menurut Schlechter (1995), penilaian risiko diperkenalkan untuk membantu majikan membuat sebarang keputusan yang tepat dan berisiko rendah iaitu risiko tersebut dapat dikawal sebaik mungkin. Manakala menurut Fiedler & Gadd  (2004), hasil penilaian risiko menghasilkan satu senarai keutamaan tindakan kawalan risiko. Ini seterusnya dapat membantu majikan melakukan tindakan pencegahan kemalangan secara sistematik.

Contohnya, penilaian risiko dilakukan bagi aktiviti menukar bulb lampu baru. Semasa penilaian risiko dilakukan, didapati bahaya kejutan elektrik dan bahaya bulb meletup wujud. Hasil dari penilaian risiko yang dilakukan mendapati bahaya kejutan elektrik mempunyai nilai risiko lebih tinggi dari bahaya bulb meletup. Hasilnya, majikan dapat menentukan tindakan yang perlu dilakukan terlebih dahulu antara kedua-dua bahaya yang telah dikenalpasti di dalam aktiviti menukar bulb lampu baru. Majikan perlu memberi perhatian atau melakukan tindakan pencegahan kemalangan bagi mengelakkan pekerja terkena kejutan elektrik terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan pencegahan kemalangan bagi mengelakkan pekerja dari terkena bulb lampu yang meletup.

Selain dari, menurut Gadd et. al. (2004), penilaian risiko dapat membantu menilai tindakan pencegahan dan kawalan kemalangan yang sedia ada. Contohnya, penggunaan alat lindung diri seperti meletakkan pengadang mesin pada mesin yang berputar. Penggunaan pengadang mesin ini merupakan tindakan kawalan risiko yang telah ditentukan oleh pihak syarikat. Namun begitu, kemalangan masih berlaku. Penilaian risiko digunakan untuk menilai semula keberkesanan tindakan kawalan kemalangan yang sedia ada. Sekiranya hasil penilaian risiko mendapati kebarangkalian berlaku kemalangan masih tinggi, alternatif tindakan pencegahan dan kawalan kemalangan yang lain perlu dilakukan seperti memberi latihan kepada pekerja, menggantikan mesin yang baru atau menambahkan kawalan keselamatan tambahan pada mesin yang digunakan.

Penilaian risiko membantu seseorang untuk menilai keputusan yang telah dilakukan sama ada berisiko tinggi atau tidak. Ia juga dapat membantu seseorang untuk membuat persiapan atau tindakan atas keputusan yang telah dilakukan. Kebijaksanaan seseorang dalam menguruskan risiko dapat mengelak dari berlaku kesilapan atau kemalangan seterusnya akan memberi kesan yang baik kepada individu, persekitaran dan syarikat (Kindler, 1990).

Segala aktiviti yang dilakukan di tempat kerja adalah hasil dari keputusan yang dilakukan oleh majikan. Segala keputusan dan aktiviti yang dilakukan ini terdiri dari bahaya yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana bahaya terdapat di setiap tempat, setiap keputusan yang dilakukan dan pada setiap tindakan yang diambil. Menurut Fiedler (2004), bahaya tidak dapat dielakkan. Mengelak dari bahaya akan mengundang kepada bahaya lain. Oleh yang demikian, majikan perlu memastikan cara kerja dan persekitaran kerja yang selamat dan sihat agar risiko pekerjaan di tempat kerja dapat dikurangkan.
  
c)      Technologi impact assessment
Penilaian teknologi adalah pemerhatian dan penilaian terhadap semua bentuk teknologi baru. Hal ini berdasarkan pada tanggapan bahawa semua penemuan teknologi baru tidak hanya berguna bagi golongan saintis yang mencari dan membuat teknologi itu sahaja, namun ia juga bermanfaat untuk masyarakat luas.  Bentuk penilaian yang lain berkaitan dengan pengamatan mengenai apakah penggunaan produk teknologi itu tidak mempunyai implikasi etika dan sosial dalam masyarakat, seperti menyalahi kerahsiaan peribadi (privacy right).

Penilaian teknologi juga melihat dari segi kesan positif dan negatif dari penggunaan teknologi itu. Kadangkala, penilaian teknologi harus dilihat dalam perspektif global dan wawasan yang menuju ke hadapan. Suatu penilaian teknologi akan cenderung menerima kepada bentuk-bentuk inovasi yang baru, kerana pertimbangan aplikasinya pada masa akan datang serta tidak hanya sekadar menolak segala bentuk pembaharuan yang tidak menguntungkan bagi sekelompok masyarakat tertentu. Oleh kerana itu, hasil dari penilaian teknologi ini harus ditunjukkan agar diketahui oleh masyarakat umum dan disampaikan kepada golongan ahli politik yang mengambil keputusan. Badan antarabangsa yang berkaitan dengan hal ini disebut ICENT (International Convention for The Evaluation of New Technologies).

d)     Social impact assessment
SIA adalah satu proses untuk mengenal pasti, meramal dan juga menilai serta menyampaikan maklumat berkaitan dengan impak sosial kepada masyarakat mengenai perlaksaaan dasar pembangunan, rancangan ataupun program yang dijalankan. SIA dilaksanakan bagi melihat impak sesuatu program dan projek terhadap individu dan masyarakat. Selain itu, SIA turut membantu dalam mengkaji dan meramal kesan sosial terhadap individu dan komuniti yang mungkin timbul akibat pembangunan sesuatu projek serta mencadangkan langkah yang sesuai dalam menjaga kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat setempat. SIA digunakan bagi membuat penilaian awal untuk meluluskan sesuatu projek pembangunan yang dicadangkan.

EIA juga merupakan mekanisme untuk mengekang masalah alam sekitar yang mungkin timbul apabila projek dilaksanakan. Ia bagi memastikan masalah dikenal pasti dan ditangani pada peringkat awal perancangan, tindakan ini akan mendapat mengelak timbunya masalah kesan daripada kerosakan kepada alam sekitar semasa perlaksanaan projek.


Takrifan tepat mengenai SIA sukar diberikan kerana ia memberi makna yang berlainan kepada orang yang berbeza. Menurut Wolf (1980), SIA dilihat sebagai satu pendekatan meramal dan menilai kesan sosial sesuatu polisi, program atau projek pada peringkat perancangan iaitu sebelum kesan tersebut berlaku. Menurut Burdge (1994 dlm Barrow 1997), SIA ialah satu penilaian pendahuluan sistematik impak ke atas kualiti hidup harian individu dan komuniti apabila alam sekitar atau persekitaran dipengaruhi oleh pembangunan atau perubahan dasar. Manakala, Burdge dan Vanclay (1996), mengembangkan dengan memahami SIA sebagai satu proses menilai atau menganggar terlebih dahulu akibat sosial yang akan timbul daripada tindakan dasar tertentu atau pembangunan projek.