Friday, October 14, 2011

Entri pertamaku 'adil'

Terlebih dahulu jutaan terima kasih Atikah hulurkan buat pensyarah Pengantar Penulisan, kerana memberi peluang dan ruang untuk Atikah memilih tema tugasan pertama bagi subjek Pengantar Penulisan. Pada asalnya terdapat lima tema yang dikemukakan oleh pensyarah Atikah iaitu tema yang berkaitan dengan adil, setia, cantik, mulia dan kosong. Walau apa pun Atikah dan pelajar lain mesti memilih salah satu daripada tema tersebut. Untuk makluman semua, Atikah telah memilih tema adil bagi mengiapkan tugasan pertama.
     Pada peringkat awal, Atikah rasakan tema yang dipilih terlalu konflik untuk dibincangkan, mana tidaknya tema adil merupakan sesuatu yang sukar untuk dirungkai kerana, pada awalnya Atikah hanya terfikirkan adil hanya terdapat dalam peraturan atau undang - undang sahaja.  Namun setelah diselidik sedikit sebanyak melalui media cetak dan media elektronik mengenai adil barulah Atikah yakin yang tema tersebut mampu disiapkan. Bagi Atikah 'adil' merupakan sesuatu yang subjektif dan ia boleh dirasai oleh semua manusia tanpa mengira umur, darjat mahupun keturunan. Perkataan 'adil' itu sendiri membawa maksud sesuatu perkara yang dilakukan mestilah sama rata tanpa menyebelahi yang lain. 'Adil' juga boleh ditafsir sebagai pertimbangan yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada sesiapa apabila memutuskan sesuatu dan juga dilakukan dengan sewajarnya.
     Berdasarkan tema yang Atikah pilih, Atikah mengetengahkan adil itu dalam bentuk yang berlainan iaitu 'Keadilan Dalam Mencari Kekayaan'. Ini kerana, adil bukan sahaja terjurus kepada peraturan semata-mata, sebaliknya boleh dirungkai dalam pelbagai sudut yang berbeza.

Wednesday, October 12, 2011

PENULISAN


sunday, 2 oktober 2011

1.refleksi-SBLM 1023

Kebaikan penulisan:

Hasil daripada penggunaan retorik, teks dan karya, wacanan dan lain-lain dalam bidang penulisan telah memberi kebaikan sama ada terhadap penulis atau pembaca itu sendiri. Melalui penulisan seseorang itu dapat menambahkan kemahiran yang sedia ada. Misalnya penulis dapat mengolah sesebuah karya dengan pelbagai genre dalam satu-satu masa. Dengan cara ini, penulisan yang dihasilkan lebih bermutu serta dapat menpergiatkan lagi kemahiran menulis seseorang penulis tersebut.

Selain itu, penulisan turut memberi kebaikan apabila bidang penulisan menjadi medan perhubungan masyarakat pada masa kini. Melalui penulisan mayarakat dapat berhubung dengan lebih cepat tambahan pula penulisan yang digunakan turut di sokong oleh media massa pada hari ini.Misalnya, media elektronik dan juga media cetak yang menggunakan penulisan secara meluas dalam menyebarkan maklumat semasa. Dengan ini, masyarakat dapat memperolehi maklumat dengan cepat sama ada maklumat dari dalam atau luar negara.

Melalui penulisan juga,semua mayarakat tanpa mengira lapisan umur dan juga kaum, mereka dapat menikmati informasi pada hari ini. Ini kerana, teknik penulisan yang di gunakan adalah berbeza mengikut lapisan umur dan juga kaum yang ada di seluruh dunia. Keadaan ini membolehkan mayarakat memilih bentuk penulisan yang diingini oleh mereka. Misalnya, gaya penulisan kanak-kanak di selaraskan mengikut peringkat umur atau perkembangan semasa dan begiti juga dengan golongan dewasa.

Di samping itu, melalui penulisan kita dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat. Dengan menggunakan ciri-ciri penulisan yang baik, seseorang penulis mampu mempengaruhi pemikiran pembaca amnya. Ini kerana, pembaca dapat memahami isi kandungan yang cuba disampaikan oleh penulis tersebut.