Friday, October 14, 2011

Entri pertamaku 'adil'

Terlebih dahulu jutaan terima kasih Atikah hulurkan buat pensyarah Pengantar Penulisan, kerana memberi peluang dan ruang untuk Atikah memilih tema tugasan pertama bagi subjek Pengantar Penulisan. Pada asalnya terdapat lima tema yang dikemukakan oleh pensyarah Atikah iaitu tema yang berkaitan dengan adil, setia, cantik, mulia dan kosong. Walau apa pun Atikah dan pelajar lain mesti memilih salah satu daripada tema tersebut. Untuk makluman semua, Atikah telah memilih tema adil bagi mengiapkan tugasan pertama.
     Pada peringkat awal, Atikah rasakan tema yang dipilih terlalu konflik untuk dibincangkan, mana tidaknya tema adil merupakan sesuatu yang sukar untuk dirungkai kerana, pada awalnya Atikah hanya terfikirkan adil hanya terdapat dalam peraturan atau undang - undang sahaja.  Namun setelah diselidik sedikit sebanyak melalui media cetak dan media elektronik mengenai adil barulah Atikah yakin yang tema tersebut mampu disiapkan. Bagi Atikah 'adil' merupakan sesuatu yang subjektif dan ia boleh dirasai oleh semua manusia tanpa mengira umur, darjat mahupun keturunan. Perkataan 'adil' itu sendiri membawa maksud sesuatu perkara yang dilakukan mestilah sama rata tanpa menyebelahi yang lain. 'Adil' juga boleh ditafsir sebagai pertimbangan yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada sesiapa apabila memutuskan sesuatu dan juga dilakukan dengan sewajarnya.
     Berdasarkan tema yang Atikah pilih, Atikah mengetengahkan adil itu dalam bentuk yang berlainan iaitu 'Keadilan Dalam Mencari Kekayaan'. Ini kerana, adil bukan sahaja terjurus kepada peraturan semata-mata, sebaliknya boleh dirungkai dalam pelbagai sudut yang berbeza.

No comments:

Post a Comment