Tuesday, December 13, 2011

Rawatan alternatif


Ayurveda
            Ayurveda berasal dari India yang dikenali sebagai perubatan India klasik. Rawatan ini diamalkan oleh masyarakat India dan berakar umbi daripada kitab Caraka Samhita dan Susruta Samhita.
            Ayurveda berasal dari dua perkataan Sanskrit, iaitu Ayus dan Veda. Ayus bermaksud kehidupan manakala Veda merupakan ilmu atau pengetahuan. Ayurveda boleh juga disimpulkan sebagai sains kehidupan yang menggabungkan sains dan falsafah, merangkumi keseimbangan fizikal, mental dan spiritual yang diperlukan untuk kesihatan melalui cara hidup, perubatan dalaman dan rawatan luaran.
            Tujuan perubatan Ayurveda adalah untuk menggabungkan dan menyeimbangkan dosha (tenaga) dalam tubuh, fikiran dan emosi. Sistem keseimbangan holistik tubuh ini dipercayai dapat membantu mencegah penyakit dan menggalakkan kebahagiaan serta kesejahteraan hidup. (Azizah Haji Daud.(Disember 2010)).
            Tujuan lain Ayurveda adalah untuk membersihkan badan daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan penyakit. Ini membantu membina semula kerohanian dan keseimbangan yang diperlukan untuk kesihatan optimum. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan tekanan darah dan kolesterol, memperlahankan proses penuaan dan mempercepatkan proses pemulihan kesakitan.
            Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia, lebih 80% daripada penduduk dunia bergantung kepada perubatan tradisional berasaskan tumbuhan untuk keperluan penjagaan kesihatan primer.

3 tenaga yang hadir dalam diri manusia:
Vata
            Vata (udara dan ruang) ialah tenaga yang mengawal fungsi tubuh yang berkaitan dengan pergerakan seperti peredaran darah, pernafasan kerdipan mata dan denyutan jantung. Apabila tenaga vata seimbang, maka lahirlah kreativiti dan kecerdasan diri. Dengan kata lain vata berperanan dalam pergerakan, pernafasan dan fungsi deria. Sebaliknya akan berlaku sekiranya tenaga ini tidak seimbang.
            Oleh itu, setiap individu perlu bijak dalam mengawal pergerakan, pernafasan dan juga kecerdasan diri bagi memperolehi kekayaan dalam mengekalkan tahap kesihan mereka. Jika individu tersebut kurang peka terhadap tenaga dalam tubuh, mereka ini seolah-olah tidak  berlaku adil terhadap mengekalkan kekayaan diri sendiri.
Pitta
            Pitta (api dan angin) merupakan tenaga yang lebih kepada haba dalam badan, penghadaman dan persepsi. Atau lebih tepat lagi tenaga ini adalah tenaga yang mengawal sistem metabolik tubuh termasuklah penyerapan, pemakanan dan suhu badan. Pada masa pitta berada dalam keadaan seimbang , maka akan lahirlah kepuasan dan kebijaksaan. Jika sebaliknya, maka akan timbulnya perasaan marah dan juga berkemungkinan akan menyebabkan berlaku barah.
            Dengan adanya tenaga pitta dalam diri individu tersebut, ia dapat membantu melahirkan perasaan kepuasan serta kebijaksaan untuk kesejahteraan hidup seseorang. Hal ini kerana, individu yang terlibat telah membuat pilihan yang tetap dalam mencari kekayaan dalam diri masing-masing.

Kapha
            Kapha (tanah dan air) ialah tenaga yang mengawal pertumbuhan tubuh serta berkait rapat dengan keseimbangan, tenaga dan pelincir kepada badan. Ia turut membekalkan air ke seluruh tubuh, melembabkan kulit dan mengekalkan sistem imum. Keseimbangan tenaga ini dalam badan akan menimbulkan perasaan kasih sayang dan bermaaf-maafan. Tetapi perasaan lain seperti perasaan cemburu akan berlaku sekiranya tidak wujud keseimbangan dalam badan seseorang.
            Bagi mengekalkan keseimbangan tenaga kapha dalam badan, individu tersebut haruslah pandai menimbulkan keseimbangan badan agar tidak berlaku perkara diluar jangkauan manusia. Keadaan ini akan melahirkan individu yang adil terhadap diri sendiri dan juga sekelingnya setelah menemui kekayaan yang dicari.


Kesihatan

RAWATAN MODEN: kanser

Tanda-tanda awal kanser:
  • Kanser terbahagi kepada tiga kategori iaitu tempatan, metastasis dan sistemik.
  • Tanda-tanda awal kanser mengikut kategori adalah:
Tanda-tanda tempatan adalah berlaku melalui ketulan luar biasa atau pembentukan tumor, pendarahan, ulser dan kesakitan.

Bagi tanda-tanda metastasis pula adalah pesakit atau individu itu akan mengalami batuk-batuk, hemoptisis atau batuk berdarah, hepatomegali atau pembesaran hati, gejala neurologi, pembesaran nodus limfa dan kesakitan tulang.

Tanda-tanda sistemik dapat dilihat dan akan dialami oleh pesakit dengan penurunan berat badan, kurang selera makan, lemah tubuh badan atau cachexia, diaphoresis atau berpeluh malam, anemia, pembekuan darah dan hormon yang tidak normal. Tanda-tanda lain seperti kekaburan penglihatan, mudah letih, sakit kepala yang kerap, demam, loya dan muntah-muntah.

Keperluan antioksidan dalam badan bagi mengecah kanser:

Antioksidan merupakan bahan yang menentang karat besi dan segala proses yang melibatkan pengoksidaan. Selain itu, antioksidan dalam tubuh manusia adalah untuk menentang radikal bebas dan melindungi sel-sel normal daripada kerosakan oleh radikal bebas.

Antara antioksidan adalah:
  • Vitamin A, C, dan E
  • Mineral surih
  • Semula jadi

Enteri kedua


TUGASAN PENGANTAR PENULISAN


DRAF KASAR: TEMA ADIL


TAJUK: KEADILAN DALAM MENCARI KEKAYAAN


Masa atau waktu                                        Merdeka atau kebebasan






                               
                                KEADILAN DALAM MENCARI KEKAYAAN



                Kepercayaan masyarakat                                Kesihatan diri

Pengenalan:


Kekayaan boleh di sama ertikan sebagai adil, ini kerana setiap manusia mempunyai kekayaan tersendiri tanpa mengira darjat mahupun keturunan dalam mengumpul kekayaan yang ada. Perkataan kaya itu sendiri membawa maksud mempunyai sesuatu yang berharga dalam hidup sama ada dari kebendaan atau bukan kebandaan. Manakala kekayaan pula bermaksud hasil yang diperolehi daripada usaha yang dilaksanakan. Ramai yang beranggapan kekayaan hanya boleh dinilai melalui duit, pangkat, harta  benda dan sebagainya. Walau bagaimanapun definisi kekayaan adalah berbeza mengikut pandangan masing-masing.

Ayat tesis: Harga sesebuah kekayaan sebenar hanya dapat diukur melalui gaya hidup seseorang. 

ISI YANG DIBINCANGKAN:


1.    Masa atau waktu
·         Perangkap masa yang sering di alami oleh manusia
·         Faedah mengawasi masa
·         Langkah mencapai masa


2.    Merdeka atau kebebasan
·         Ada hak untuk melontarkan pendapat
·         Bebas menentukan hala tuju diri sendiri
·         Mempunyai falsafah sendiri

3.    Kepercayaan masyarakat
·         Percaya kepada agama
·         Percaya terhadap amalan nenek moyang
·         Boleh berhubung dengan alam lain

4.    Kesihatan diri
·         Kebersihan hati dan minda
·         Amalan pemakanan masyarakat kini
·         Pengetahuan perkembangan diri sendiri dan persekitaran


Penutup:


Sesungguhnya adil dimiliki oleh setiap manusia tanpa sebab dan musababnya. Adil datang dalam bentuk yang berbeza-beza dan juga tanpa mengenal siapa. Konklusinya ‘keadilan dalam mencari kekayaan’ tidak semestinya terletak kepada kebendaan semata-mata, ia juga boleh di nilai dalam perspektif yang berlainan.

Monday, December 5, 2011

Jenis-jenis fallacy

Jenis-jenis fallacy yang terdapat dalam Love is Fallacy:

1. Unqualification generalization
           Most couple want their marriages to be successful
         
2. Hasty generalization
            Kamal cycling with speed because it late to school

3. Name calling
         
4. Appeal to pity
5. Ad populem
6. Bandwagon appeal
7. Testimonial
8. Hypothesis contrary to fact
9. Faulty cause and effect
10. False analogy
11. Either-or
12. Begging the question