Tuesday, December 13, 2011

Kesihatan

RAWATAN MODEN: kanser

Tanda-tanda awal kanser:
  • Kanser terbahagi kepada tiga kategori iaitu tempatan, metastasis dan sistemik.
  • Tanda-tanda awal kanser mengikut kategori adalah:
Tanda-tanda tempatan adalah berlaku melalui ketulan luar biasa atau pembentukan tumor, pendarahan, ulser dan kesakitan.

Bagi tanda-tanda metastasis pula adalah pesakit atau individu itu akan mengalami batuk-batuk, hemoptisis atau batuk berdarah, hepatomegali atau pembesaran hati, gejala neurologi, pembesaran nodus limfa dan kesakitan tulang.

Tanda-tanda sistemik dapat dilihat dan akan dialami oleh pesakit dengan penurunan berat badan, kurang selera makan, lemah tubuh badan atau cachexia, diaphoresis atau berpeluh malam, anemia, pembekuan darah dan hormon yang tidak normal. Tanda-tanda lain seperti kekaburan penglihatan, mudah letih, sakit kepala yang kerap, demam, loya dan muntah-muntah.

Keperluan antioksidan dalam badan bagi mengecah kanser:

Antioksidan merupakan bahan yang menentang karat besi dan segala proses yang melibatkan pengoksidaan. Selain itu, antioksidan dalam tubuh manusia adalah untuk menentang radikal bebas dan melindungi sel-sel normal daripada kerosakan oleh radikal bebas.

Antara antioksidan adalah:
  • Vitamin A, C, dan E
  • Mineral surih
  • Semula jadi

No comments:

Post a Comment