Friday, June 22, 2012

RUKUN NEGARA

Rukun Negara merupakan ideologi Kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970, yang diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu setahun selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara diperkenalkan adalah bertujuan untuk mencapai sebuah masyarakat yang adil, progresif, demokrasi dan liberal berdasarkan prinsip-prinsip monoteisme, ketaatan kepada raja dan Negara, pemerintahan berdasarkan undang-undang dan berkelakuan baik serta kehidupan berakhlak.

Perisytiharan rukun Negara bertujuan:
Ø  Mencapai perpaduan lebih erat
Ø  Memelihara cara hidup demokratik
Ø  Masyarakat yang adil, di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
Ø  Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak
Ø  Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Prinsip-prinsip:
1.      Kepercayaan kepada tuhan
2.      Kesetiaan kepada raja dan Negara
3.      Keluhuran perlembagaan
4.      Kedaulatan undang-undang
5.      Kesopanan dan kesusilaan

Wednesday, June 13, 2012

4 penciptaan agung (tamadun China)

        TEKNIK MEMBUAT KERTAS
qDICIPTA OLEH CAI LUN DENGAN BAHAN-BAHANNYA MENGGUNAKAN FIBER TUMBUH-TUMBUHAN PADA TAHUN 105
qTEKNOLOGI MEBUAT KERTAS DIBAWA DAN DIPERKENALKAN KE DUNIA BARAT MELALUI JALAN SITERA LAMA (THE OLD SILK ROAD) DAN TIBA DI EROPAH KIRA-KIRA KE-13

          TEKNIK PENCETAKAN
qDIPERKENALKAN SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN DINASTI TANG
qBUKU PALING AWAL BERCETAK IALAH FINGANGJING (KITAB SUTRA DIAMOND)
qTAHUN 1045, BI SHENG MENCIPTA TEKNIK PERCETAKAN BERGERAK (MOBILE-TYPE PRINTING)

BAHAN LETUPAN (GUNPOWDER)
qDICIPTA OLEH AHLI-AHLI KIMIA DAOIS YANG MENEMUI FORMULA DALAM UJI KAJI MENCAMPUR SALTPETRA DENGAN SULFUR DAN KORBAN
qKURUN KE-7,ORANG CINA GUNA BAHAN LETUPAN UNTUK MEMBUAT BUNGA API
qILMU LETUPAN DIBAWA MASUK DAN DIPERKENALKAN KE NEGARA ARAB PADA KURUN KE-13 DAN DIPERKENALKAN KE NEGARA EROPAH

KOMPAS
qDINASTI HAN (206SM-220SM) SIFAT-SIFAT MAGNET SUDAH DIKETAHUI DI NEGARA CHINA
qKURUN 1 -6, ORANG CINA SUDAH MENEMUI PENGETAHUAN TENTANG GEJALA KEMAGNETAN ARUHAN (INDUCED MAGNETISM)
qKURUN KE 8-9, ILMU PENGHEROTAN (DECLINATION) DAN KEKUTUBAN MAGNET(POLARITY ) DIKUASAI
qORANG CINA MENGHASILKAN KOMPAS UNTUK DIGUNAKAN DI KAPAL.

keperluan vitamin dalam mencari kekayaan


Vitamin A

            Vitamin A atau vitamin larut lemak yang juga dikenali sebagai retinoids merupakan vitamin yang penting untuk kesihatan tubuh manusia. Pengambilan vitamin A dalam kandungan makanan harian dapat mencegah seseorang dari menghadapi kanser dan juga sakit jantung. Hal ini kerana, vitamin A berfungsi dalam proses imuniti tubuh manusia dengan melawan penyakit selain membantu tumbesaran sel-sel tubuh, tulang serta gigi.
Di samping itu, vitamin A mempunyai peranan penting dalam proses pembahagian sel dan pembezaaan sel, di mana sel diberikan sifat-sifat yang berlainan. Ia juga membantu melindungi daripada penyakit, membantu sel-sel lapisan paru-paru untuk mengeluarkan organisma berbahaya. Oleh itu, seseorang yang kurang mengambil vitamin A dalam pemakanan akan mendapat risiko seperti penyakit xeropthalmia iaitu rabun malam, insomnia, tumbesaran terencat dan mengalami keletihan dan sakit-sakit badan serta lemah tidak bermaya tanpa sebab yang nyata. Namun pengambilan vitamin A secara berlebihan juga akan memberi kesan keatas individu tersebut, terutamanya terhadap ibu mengandung di mana akan menyebabkan kecacatan otak janin dan hydrocephalus.
Vitamin A boleh diperolehi melalui mengamalkan daya pemakanan seperti kuning telur, lobak merah, sayur-sayuran berdaun gelap serta hati haiwan. Berpandukan cara pengambilan makanan yang sihat kita dapat mengekalkan kekayaan diri sendiri, kerana setiap badan manusia hanya menyimpan sejumlah vitamin sahaja.


Vitamin C

            Nama lain bagi vitamin C adalah vitamin larut air iaitu vitamin yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang paling mudah untuk diambil dan mempunyai banyak fungsi kepada tubuh badan. Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik dan penting dalam metabolisma tubuh manusia, di mana ia berfungsi sebagai antioksidan yang penting, pembinaan kolagen dalam tubuh, membantu penghasilan hormon dan membantu tumbesaran tisu tubuh manusia.
            Selian itu, vitamin C membantu dalam melawan kuman virus dengan menghalang pengaktifan gen virus di samping menghalang sel biasa daripada menjadi sel kanser selepas terdedah kepada bahan karsinogen.
            Terdapat beberapa sumber yang kaya dengan vitamin C antaranya dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dari segi pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, kita digalakkan mengambil  buah dan sayur yang kaya dengan kandungan vitamin. Misalnya buah belimbing, limau, betik, kiwi dan sebagainya. Bagi sayur pula, kita boleh mengambil sayur bayam, kangkung, sawi, tomato dan sebagainya sebagai makanan rutin harian.
            Pengambilan vitamin C penting terhadap tubuh manusia dalam mengawal atau pengelak daripada terjebak dengan penyakit yang sukar dirawat terutama penyakit kronik seperti kanser, jantung dan angin asma. Dengan ini, setiap manusia berhak menentukan kualiti hidup mereka, kerana setiap tindakan mereka akan membawa kesan sama ada baik atau buruk. Kita diberi pilihan dengan adil tanpa melibatkan campur tangan pihak lain dalam mencorok kesihatan diri sendiri. Hal ini kerana setiap seorang mempunyai hak yang tersendiri menentukan kekayaan kesihatan tubuh badan masing-masing.

Vitamin E

           Vitamin yang diperlukan seterusnya adalah vitamin E atau vitamin larut lemak. Disebabkan sifatnya yang larut lemak, vitamin ini bertindak di dalam kawasan larut lemak dalam tisu-tisu tubuh manusia. Vitamin E juga merupakan antioksidan yang kuat dan memberi kesan yang baik apabila mengambilnya dalam diet seharian mereka. Di samping itu, ia bertindak secara berpasangan dengan vitamin C sebagai jaringan antioksidan dalam badan kita.
         Selain itu, vitamin E mampu mengecah kanser pada tisu-tisu yang mempunyai membran berlemak seperti saluran pernafasan, saluran penghadaman dan payu dara serta bertindak melindungi DNA daripada serangan radikal bebas. Pengambilan vitamin E juga boleh mencegah pengoksidan lemak yang menyebabkan minyak dan lemak menjadi tengik.
Di Bern, Switzerland, ahli sains mendapati bahawa pesakit yang mengambil vitamin E setiap hari berjaya menurunkan kadar risiko mendapat penyakit kanser sehingga 41 peratus berbanding pesakit yang tidak mengambil vitamin E. (Dr. Norman M. Norawi.(2008)).

          Vitamin E boleh diperolehi dalam makanan seperti barli, minyak kelapa sawit, minyak sayur, kekacang, telur, kacang soya dan sayuran berdaun hijau. Dengan mengamalkan pemakanan sebegini dalam diet seharian ia dapat membantu kita dalam mencegah diri daripada sebar penyakit. Sebagai seorang yang adil dalam menentukan kesihatan diri, haruslah bijak dalam membuat keputusan mengenai diet pemakanan harian mereka agar memperolehi kekayaan yang sebenar dalam diri.