Rukun Negara merupakan ideologi Kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970, yang diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu setahun selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara diperkenalkan adalah bertujuan untuk mencapai sebuah masyarakat yang adil, progresif, demokrasi dan liberal berdasarkan prinsip-prinsip monoteisme, ketaatan kepada raja dan Negara, pemerintahan berdasarkan undang-undang dan berkelakuan baik serta kehidupan berakhlak.
Perisytiharan rukun Negara bertujuan:
Ø Mencapai perpaduan lebih erat
Ø Memelihara cara hidup demokratik
Ø Masyarakat yang adil, di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
Ø Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak
Ø Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Prinsip-prinsip:
1. Kepercayaan kepada tuhan
2. Kesetiaan kepada raja dan Negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
No comments:
Post a Comment