Friday, June 13, 2014

konsep pendidikan

Pendidikan merupakan satu elemen penting adalam meningkatkan kualiti hidup serta mencapai tahap kesejahteraan yang baik dalam kalangan masyarakat. Dengan adanya pendidikan secara tidak langsung mereka akan mendapat penghormatan daripada pihak lain. Menurut Rohana Yusof (1997), beliau berpendapat bahawa pendidikan adalah elemen penting untuk mengukur tahap kefahaman individu berhubung sesuatu perkara serta satu proses yang dialami oleh generasi muda yang dinialai melalui organisasi formal seperti sekolah dan juga organisasi tidak formal seperti keluarga. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pendidikan adalah ssuatu proses atau aktiviti yang berusaha kearah perkembangan fizikal, intelek, sosial dan emosi individu serta mempertingkatkan kebolehan, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorong individu untuk bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri, masyarakat, bangsa dan negara.

Majalah Akademik keluaran khas pada tahun 1996, mendefinisikan pendidikan sebagai satu proses mengubah seseorang bagi membolehkan dia menyesuaikan dirinya dari segi fizikal, mental, emosi, persekitaran, moral dan kerohanian kepada keadaan semasa dan setempat dan juga bagi membolehkan seseorang itu menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Manakala John Dewey (1977) pula menyatakan pendidikan adalah satu proses pertumbuhan atau perkembangan yang merupakan daya usaha mengatur pengetahuan yang sedia ada pada seseorang individu. Dengan ini, satu proses pembudayaan tamadun bangsa akan terus berkembang serta dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dalam semua bidang.

Menurut Aminuddin Mansor (1997) pula, pendidikan merupakan satu budaya ilmu iaitu budaya yang terbentuk daripada pendidikan atau ajaran yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Budaya ilmu berlaku sama ada secara langsung dan juga tidak langsung dengan kegiatan ilmu yang disampaikan di kawasan tersebut. Hal ini berlaku bagi membentuk generasi muda kearah generasi yang berilmu serta menjadi pemangkin kepada kemajuaan di kawasan tersebut secara tidak langsung. Sementara itu, Naapie Mat (1997) dalam Akademik pula menyatakan bahawa pendidikan adalah satu proses penyuburan potensi insan sepanjang hayat.
Alpen (2012), menyatakan pendidikan adalah usaha sedar dan terancang untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar peserta dididik secara aktif mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, keperibadian, kecerdasan, akhlak mulia serta kemahiran yang diperlukan oleh dirinya dan masyarakat. Choy Min Min (2012), pula menyatakan pendidikan merupakan satu aktiviti perkhidmatan ekonomi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara di mana pendidikan yang berkualiti akan melahirkan sumber tenaga manusia yang berdaya saing.

Di samping itu, Choy Min Min (2012) melihat pendidikan tinggi adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga manusia yang mempunyai kelayakan yang tertentu dan latihan kemahiran, kualiti dan nilai kepimpinan yang tinggi, berdisiplin serta mempunyai pandangan yang luas. Manakala Ishak Yussof (2003), menyatakan pendidikan tinggi berupaya untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang cergas, mempertingkatkan lagi daya saing dan kualiti hidup penduduk sesebuah negara.

Dengan adanya pendidikan, seseorang itu akan lebih berwibawa dalam mencapai hidup yang selesa serta dapat mengubah persepsi orang lain terhadap kehidupan yang akan datang. Ini kerana, pendidikan merupakan satu perkara yang subjektif bagi seseorang untuk mencapai kepuasan hidup mereka. Menurut Suriya Kumar A/L Arumugam (2012), melalui pendidikan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.

Suriya Kumar A/L Arumugam (2012) berkata, latar belakang keluarga seperti status ekonomi, pegangan agama, budaya keluarga, sikap ibu bapa terhadap nilai pendidikan akan menjadi asas pembentukan identiti individu pelajar. Pendidikan pada peringkat awal yang diperolehi di rumah serta sokongan dan dorongan keluarga menjadi asas kepada kejayaan pelajar pada peringkat persekolahan seterusnya. Menurut Lumsden (1994):-

“children’s home environment shapes the initial constellation of attitudes they develop toward learning. When parents nurture their children’s natural curiosity about the world by welcoming their questions, encouraging exploration, and familiarizing them with resources that can enlarge their world, they are giving their children the message that learning is worthwhile and frequently fun and satisfying. (ERIC Digest 92).

Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah, persekitaran rumah dapat membantu proses pembelajaran bagi kanak-kanak yang mana apabila ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka untuk bertanyakan soalan, penerokaan serta membiasakan diri anak-anak dengan bahan bacaan yang boleh menjana minda mereka. Melalui cara sebegini, secara tidak langsung ibu bapa dapat memberi mesej kepada anak mereka mengenai proses pembelajaran adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan dan mendatangkan faedah kepada mereka.

Dengan itu, kerajaan telah melaksakan satu dasar untuk membatu menyelesaikan masalah tersebut melalui perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk bersekolah mulai Tahun Satu. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Nageri Johor (JPNJ), Markom Giran berkata:-

“Kementerian Pelajaran sejak Januari 2003 telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai Tahun Satu (1) sekolah rendah. Selaras dengan perlaksanaan dasar iru, satu tabung yang dinamakan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah dan seterusnya menjana kecemerlangan pendidikan mereka” (Markom Garin, 2010).

Di samping itu juga, pendidikan turut diterima oleh golongan miskin dalam memenuhi keperluan asas untuk anak-anak mereka. Ini kerana, mereka beranggapan bahawa melalui pendidikan yang diberikan kepada anak-anak, mereka dapat mengubah kedudukan atau kehidupan sekarang kepada kehidupan masa akan datang kearah yang lebih baik. Bagi mengokong kenyataaan ini, MAPEN II (2001), menyatakan pendidikan yang diberikan khususnya kepada golongan miskin akan mampu membantu mereka untuk memperolehi kemahiran bagi mendapatkan pekerjaan yang lebih baik daripada buruh upah rendah, meningkatkan daya saing dan meningkatkan pendidikan anak-anak mereka.

Bagi pendidikan anak-anak nelayan kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan untuk memberi galakan kepada anak-anak nelayan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Wan Hashim (1980: 68), ada menyatakan bahawa jika hanya diperolehi pada peringkat sekolah rendah sahaja, maka peluang untuk bergerak maju ke hadapan juga sukar. Ini kerana, kemahiran dan pendidikan membolehkan sesuatu pergerakan dari rendah ke strata yang lebih tinggi.


Dengan adanya bantuan daripada pihak kerajaan yang disalurkan kepada anak-anak nelayan melalui bantuan pendidikan amnya sama ada pendidikan formal mahupun tidak formal dapat melahirkan modal insan yang berguna kepada masyarakat dan juga negara. Bagi Kundu (1986) pula, menyatakan bahawa pendidikan tidak formal merupakan satu operasi penyelamat yang mana membolehkan lepasan sekolah dan murid-murid yang tercicir daripada pendidikan perlu memasuki dunia ekonomi dan pekerjaan sebagai individu yang produktif. Di samping itu juga, pendidikan tidak formal dapat membantu pertumbuhan ekonomi nelayan secara keseluruhan melalui penyebaran maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan hal-hal ekonomi (dlm Turiman, Narimah, Saodah & Maimunah, 1992:9).

rujukan :

Abdul Razaq Ahmad & Zalizan Mohd Jelas. (2009). Masyarakat Orang Asli: Perspektif    Pendidikan dan Sosiobudaya. Bangi: Penerbitan UKM. Hlm 47-58.

Anderson, J. G. & Safar, D. (1997). The Influence on Differential Community Perceptions on the Provision of Equal Education Opportunities. Sociology of Education Vol.40, 219-230.

Ahmad Mahdzan Ayob. (2005). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpru: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alpen. (2012). Impak Tahap Pendidikan Terhadap Sosioekonomi: Kajian Kes di Tanjung Enim Sumatera Selatan Indonesia. Fakulti Perniagaan. Universiti Utara Malaysia.

April (1982). Pahit Manis Seorang Nelayan Pukat Tunda di Pulau Gaya. Unit  Penyelidikan Sosioekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Cawangan Sabah, Kota Kinabalu.

Becker, G. S. (1993). House Workers and Paid Workers: Qualities of the Work ad  Effects on Personal Control. Journal of Marriage and the Family, 55, 913-925.

Choy Min Min. (2012). Kualiti Pendidikan Universiti di Malaysia: Kajian Kes di UUM.  Fakulti Ekonomi. Universiti Utara Malaysia.

Ginman, M. (2000). Health Information and Quality of Life: Health Information  Journal, 6-4, 183-188.

Greg, J. Duncan, W. Jean Yueng, Jeanne Brooks-Gunn & Judith R. Smith (1998). How  Much Does Childhood Poverty Affect The Life Chances Of Children? American Sociological Review, Vol.63, 406-423.

Imazeki, J. & Reschovsky, A. (2003). Financing Adequate Education in Rural Settings.  Journal of Education Finance, 29 Fall, 137-156.

Kamppinen, M. (1993). Consciousness, Cognitive Schemata and Relativisme:  Multidisplinary. Exploration in Cognitive Science. Londaon: Kluwer Academic Publisher.

Lumsden, L. S. (1994). Student Motivation OtoLern. ERIC Digest 92. Di capaipada 2  March 2014 melalui http://eric.uoregon.edu/publication/digests/digesto92.html.

Majoribanks, Kevin (1996). Family Learning Environments and Students Outcomes: A  Review. Journal of Comparative Family Studies 27(2), 373-394.