Pendidikan merupakan satu elemen penting
adalam meningkatkan kualiti hidup serta mencapai tahap kesejahteraan yang baik
dalam kalangan masyarakat. Dengan adanya pendidikan secara tidak langsung
mereka akan mendapat penghormatan daripada pihak lain. Menurut Rohana Yusof
(1997), beliau berpendapat bahawa pendidikan adalah elemen penting untuk
mengukur tahap kefahaman individu berhubung sesuatu perkara serta satu proses yang
dialami oleh generasi muda yang dinialai melalui organisasi formal seperti
sekolah dan juga organisasi tidak formal seperti keluarga. Selain itu, beliau
turut menyatakan bahawa pendidikan adalah ssuatu proses atau aktiviti yang
berusaha kearah perkembangan fizikal, intelek, sosial dan emosi individu serta
mempertingkatkan kebolehan, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman supaya dapat
memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan
mendorong individu untuk bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri,
masyarakat, bangsa dan negara.
Majalah Akademik
keluaran khas pada tahun 1996, mendefinisikan pendidikan sebagai satu proses
mengubah seseorang bagi membolehkan dia menyesuaikan dirinya dari segi fizikal,
mental, emosi, persekitaran, moral dan kerohanian kepada keadaan semasa dan
setempat dan juga bagi membolehkan seseorang itu menghadapi cabaran dalam
pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Manakala John
Dewey (1977) pula menyatakan pendidikan adalah satu proses pertumbuhan atau
perkembangan yang merupakan daya usaha mengatur pengetahuan yang sedia ada pada
seseorang individu. Dengan ini, satu proses pembudayaan tamadun bangsa akan
terus berkembang serta dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
dalam semua bidang.
Menurut Aminuddin
Mansor (1997) pula, pendidikan merupakan satu budaya ilmu iaitu budaya yang
terbentuk daripada pendidikan atau ajaran yang diamalkan oleh masyarakat
tersebut. Budaya ilmu berlaku sama ada secara langsung dan juga tidak langsung
dengan kegiatan ilmu yang disampaikan di kawasan tersebut. Hal ini berlaku bagi
membentuk generasi muda kearah generasi yang berilmu serta menjadi pemangkin
kepada kemajuaan di kawasan tersebut secara tidak langsung. Sementara itu,
Naapie Mat (1997) dalam Akademik pula menyatakan bahawa pendidikan adalah satu
proses penyuburan potensi insan sepanjang hayat.
Alpen (2012),
menyatakan pendidikan adalah usaha sedar dan terancang untuk mewujudkan suasana
belajar dan proses pembelajaran agar peserta dididik secara aktif mengembangkan
potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri,
keperibadian, kecerdasan, akhlak mulia serta kemahiran yang diperlukan oleh
dirinya dan masyarakat. Choy Min Min (2012), pula menyatakan pendidikan
merupakan satu aktiviti perkhidmatan ekonomi yang memainkan peranan penting
dalam pembangunan negara di mana pendidikan yang berkualiti akan melahirkan
sumber tenaga manusia yang berdaya saing.
Di samping itu, Choy
Min Min (2012) melihat pendidikan tinggi adalah bertujuan untuk melahirkan
tenaga manusia yang mempunyai kelayakan yang tertentu dan latihan kemahiran,
kualiti dan nilai kepimpinan yang tinggi, berdisiplin serta mempunyai pandangan
yang luas. Manakala Ishak Yussof (2003), menyatakan pendidikan tinggi berupaya
untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang cergas, mempertingkatkan lagi daya saing
dan kualiti hidup penduduk sesebuah negara.
Dengan adanya
pendidikan, seseorang itu akan lebih berwibawa dalam mencapai hidup yang selesa
serta dapat mengubah persepsi orang lain terhadap kehidupan yang akan datang.
Ini kerana, pendidikan merupakan satu perkara yang subjektif bagi seseorang
untuk mencapai kepuasan hidup mereka. Menurut Suriya Kumar A/L Arumugam (2012),
melalui pendidikan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi,
bekerjasama dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan
untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya
saing, bijak dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk
perpaduan di kalangan masyarakat.
Suriya Kumar A/L
Arumugam (2012) berkata, latar belakang keluarga seperti status ekonomi,
pegangan agama, budaya keluarga, sikap ibu bapa terhadap nilai pendidikan akan
menjadi asas pembentukan identiti individu pelajar. Pendidikan pada peringkat
awal yang diperolehi di rumah serta sokongan dan dorongan keluarga menjadi asas
kepada kejayaan pelajar pada peringkat persekolahan seterusnya. Menurut Lumsden
(1994):-
“children’s home environment shapes
the initial constellation of attitudes they develop toward learning. When
parents nurture their children’s natural curiosity about the world by welcoming
their questions, encouraging exploration, and familiarizing them with resources
that can enlarge their world, they are giving their children the message that
learning is worthwhile and frequently fun and satisfying. (ERIC Digest 92).
Apa yang dimaksudkan
oleh beliau adalah, persekitaran rumah dapat membantu proses pembelajaran bagi
kanak-kanak yang mana apabila ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka untuk
bertanyakan soalan, penerokaan serta membiasakan diri anak-anak dengan bahan
bacaan yang boleh menjana minda mereka. Melalui cara sebegini, secara tidak
langsung ibu bapa dapat memberi mesej kepada anak mereka mengenai proses
pembelajaran adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan dan mendatangkan faedah
kepada mereka.
Dengan itu, kerajaan
telah melaksakan satu dasar untuk membatu menyelesaikan masalah tersebut
melalui perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di bawah Seksyen 29A, Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka
untuk bersekolah mulai Tahun Satu. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran
Nageri Johor (JPNJ), Markom Giran berkata:-
“Kementerian Pelajaran sejak Januari
2003 telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib di bawah Seksyen 29A, Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka
bersekolah mulai Tahun Satu (1) sekolah rendah. Selaras dengan perlaksanaan
dasar iru, satu tabung yang dinamakan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM) ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar
anak mereka ke sekolah dan seterusnya menjana kecemerlangan pendidikan mereka”
(Markom Garin, 2010).
Di samping itu juga,
pendidikan turut diterima oleh golongan miskin dalam memenuhi keperluan asas
untuk anak-anak mereka. Ini kerana, mereka beranggapan bahawa melalui
pendidikan yang diberikan kepada anak-anak, mereka dapat mengubah kedudukan
atau kehidupan sekarang kepada kehidupan masa akan datang kearah yang lebih
baik. Bagi mengokong kenyataaan ini, MAPEN II (2001), menyatakan
pendidikan yang diberikan khususnya kepada golongan miskin akan mampu membantu
mereka untuk memperolehi kemahiran bagi mendapatkan pekerjaan yang lebih baik
daripada buruh upah rendah, meningkatkan daya saing dan meningkatkan pendidikan
anak-anak mereka.
Bagi pendidikan
anak-anak nelayan kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan untuk memberi
galakan kepada anak-anak nelayan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Wan Hashim (1980: 68), ada menyatakan bahawa jika hanya
diperolehi pada peringkat sekolah rendah sahaja, maka peluang untuk bergerak
maju ke hadapan juga sukar. Ini kerana, kemahiran dan pendidikan membolehkan
sesuatu pergerakan dari rendah ke strata yang lebih tinggi.
Dengan adanya bantuan
daripada pihak kerajaan yang disalurkan kepada anak-anak nelayan melalui
bantuan pendidikan amnya sama ada pendidikan formal mahupun tidak formal dapat
melahirkan modal insan yang berguna kepada masyarakat dan juga negara. Bagi
Kundu (1986) pula, menyatakan bahawa pendidikan tidak formal merupakan satu
operasi penyelamat yang mana membolehkan lepasan sekolah dan murid-murid yang
tercicir daripada pendidikan perlu memasuki dunia ekonomi dan pekerjaan sebagai
individu yang produktif. Di samping itu juga, pendidikan tidak formal dapat
membantu pertumbuhan ekonomi nelayan secara keseluruhan melalui penyebaran
maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan hal-hal ekonomi (dlm Turiman,
Narimah, Saodah & Maimunah, 1992:9).
rujukan :
Abdul
Razaq Ahmad & Zalizan Mohd Jelas. (2009). Masyarakat Orang Asli: Perspektif Pendidikan
dan Sosiobudaya. Bangi: Penerbitan UKM. Hlm 47-58.
Anderson,
J. G. & Safar, D. (1997). The Influence on Differential Community
Perceptions on the Provision of Equal Education Opportunities. Sociology of Education Vol.40, 219-230.
Ahmad
Mahdzan Ayob. (2005). Kaedah Penyelidikan
Sosioekonomi. Kuala Lumpru: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alpen.
(2012). Impak Tahap Pendidikan Terhadap
Sosioekonomi: Kajian Kes di Tanjung Enim Sumatera Selatan Indonesia. Fakulti
Perniagaan. Universiti Utara Malaysia.
April
(1982). Pahit Manis Seorang Nelayan Pukat
Tunda di Pulau Gaya. Unit
Penyelidikan Sosioekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Cawangan Sabah, Kota
Kinabalu.
Becker,
G. S. (1993). House Workers and Paid Workers: Qualities of the Work ad Effects on Personal Control. Journal of Marriage and the Family, 55,
913-925.
Choy
Min Min. (2012). Kualiti Pendidikan
Universiti di Malaysia: Kajian Kes di UUM.
Fakulti Ekonomi. Universiti Utara Malaysia.
Ginman,
M. (2000). Health Information and Quality of Life: Health Information Journal,
6-4, 183-188.
Greg,
J. Duncan, W. Jean Yueng, Jeanne Brooks-Gunn & Judith R. Smith (1998). How
Much Does Childhood Poverty Affect The Life Chances Of Children?
American Sociological Review, Vol.63, 406-423.
Imazeki,
J. & Reschovsky, A. (2003). Financing Adequate Education in Rural
Settings. Journal of Education Finance, 29 Fall, 137-156.
Kamppinen,
M. (1993). Consciousness, Cognitive Schemata and Relativisme: Multidisplinary. Exploration in Cognitive Science. Londaon: Kluwer Academic
Publisher.
Lumsden,
L. S. (1994). Student Motivation OtoLern.
ERIC Digest 92. Di capaipada 2 March
2014 melalui http://eric.uoregon.edu/publication/digests/digesto92.html.
Majoribanks,
Kevin (1996). Family Learning
Environments and Students Outcomes: A Review.
Journal of Comparative Family Studies 27(2), 373-394.
No comments:
Post a Comment