Sunday, November 11, 2012

Transformasi tenaga ke arah pembangunan di Malaysia


Tenaga merupakan kemampuan untuk melakukan kerja, dengan kata lain ianya untuk memudahkan manusia memenuhi keperluan hidup pada masa kini. Tenaga datangnya dari tiga sumber iaitu sumber semula jadi, sumber manusia dan sumber budaya. Sumber semula jadi terbahagi kepada dua iaitu tenaga primer dan tenaga sekunder. Tenaga primer terdiri daripada tenaga yang boleh diperbaharui dan juga tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Bagi tenaga yang boleh diperbaharui ialah tenaga di mana sumbernya tidak akan habis digunakan seperti solar, angin, hidro dan biomas. Manakala tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah berasaskan sumber yang dilombong dari perut bumi seperti minyak, gas asli, arang batu dan uranium.
            Pada masa kini, kebanyakan negara berlumba-lumba untuk membangunan ekonomi negara masing-masing, tidak ketinggalan juga dengan Malaysia yang mula mengorak langkah dalan memanfaatkan sumber tenaga primer dengan sepenuhnya dalam membangunkan ekonomi negara. Salah satu tenaga yang mula mendapat perhatian ialah tenaga biomas, di mana tenaga biomas menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan sekarang untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik di negara ini. Dengan menggunakan kaedah ini juga kita dapat membersihkan ladang kelapa sawit dan member imej lebih baik kepada industri kelapa sawit dan komoditi di negara kita apabila menggunakan sepenuhnya  hasil buangan biomas dan minyak sawit untuk mendapatkan tenaga diperbaharui dan juga baja organk. Misalnya logi rawatan termal di Selangor yang dibina bagi menguruskan sisa pepejal bersepadu yang merangkumi proses kitar semula, ternyata berjaya dalam memproses bahan untuk di jadikan blok penurapan jalan dan atap genting.
            Tenaga yang kedua pula ialah penggunaan tenaga nuklear, merupakan tenaga yang paling berkesan dalam menurunkan pembebasan gas karbon dioksida pada masa kini selain tenaga hidro yang digunakan. Ramai  yang berpendapat bahawa tenaga nuklear merupakan jalan keluar yang terbaik dan mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang dalam pembekalan tenaga elektrik kepada dunia. Malah teknologi nuklear ini telah dikembangkan dalam pelbagai bidang seperti perubatan, pertanian, pembuatan, alam sekitar dan sebagainya. Misalnya dalam bidang perubatan, teknologi ini sudah digunakan dengan meluas di hospital termasuk untuk melawan penyakit berbahaya seperti kanser. Dalam bidang pertanian pula, teknologi ini digunakan bagi menghasilkan anak pokok yang bermutu tinggi, enzim serta baja. Begitu juga dalam bidang pembuatan, di mana teknologi ini digunakan dalam pengeluaran sarung tangan getah, resin dan sebagainya yang telah member sumbangan besar dalam industri sarung tangan di Malaysia. Teknologi ini juga turut member sumbangan besar ke atas alam sekitar seperti dalam bidang marin dan pencemaran udara selain mengesan kebocoran atau paip tersumbat dalam industri minyak dan gas. Ini menunjukkkan bahawa Malaysia boleh bergerak maju dengan teknologi sedemikian, walaupun di Malaysia hanya terdapat sebuah reaktor penyelidikan yang bertempat di Bangi Selangor.
            Transformasi tenaga seterusnya ialah penggunaan nano teknologi dalam pelbagai bidang. Nano teknologi ialah bidang sains yang mengkaji aplikasi bahan yang bersaiz kecil pada skala nanometer (ran) iaitu 1-100 nm. Kita dapat merasai kesan penggunaannya melalui bidang farmasi iaitu partikel nano seperti tiub karbon nano (CNT) digunakan dalam rawatan onkologi kemoterapi terhadap pesakit. CNT akan membawa ubat anti kanser dalam saiz yang halus untuk disampaikan ke bahagian sel-sel kanser sahaja. Dengan cara ini, ubat tersebut dapat membunuh sel kanser di samping mengurangkan kesan ke atas pesakit dan ianya tidak akan menjejaskan sel normal lain. Selain CNT, ubat dimasukkan ke dalam partikel nano lain yang dikenali sebagai oleoyl-chitosan (OCH) untuk membunuh sel-sel kanser paru-paru. Selain itu, teknologi menjadi medan penting terhadap teknologi maklumat masa ini. Nano digunakan untuk mencipta cip komputer dan peranti elektronik lain bersaiz nano, yang mana cip dan peranti papan litar ini mengawal proses dan operasi komputer atau alat elektronik. 
            Tenaga solar merupakan tenaga yang boleh diperbaharui kerana ianya diperolehi daripada pancaran cahaya matahari yang mempunyai potensi luas di Malaysia kerana Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun. Kegunaan tenaga solar dalam aktiviti harian dapat mengurangkan sedikit penggunaan tenaga elektrik. Sekali gus, dapat membantu menghasilkan produk yang tidak menggunakan bahan bakar ataupun tenaga elektrik untuk menggerakkan sesuatu mesin. Misalnya projek penjanaan tenaga solar telah dibina di Kampung Hulu Tembeling di Pahang dam di Teluk Apan di Pulau Langkawi. Kegunaan lain yang melibatkan tenaga solar adalah tenaga solar digunakan bagi memanaskan air untuk kegunaan domestic dan juga digunakan oleh telefon di Pulau Apan, Pulau Pinang.
            Seterusnya adalah transformasi tenaga hidroelektronik yang menjadi sumber tenaga utama di Malaysia. Tenaga hidro merupakan tenaga yang terhasil daripada daya tolakan air di kawasan yang dibina khas untuk menghasilkan kuasa elektrik. Hal ini, menyebabkan terbinanya empangan yang bertujuan menjalankan kuasa hidroelektrik. Misalnya Empangan Temenggor, Empangan Kenyir dan Empangan Chenderoh di Sungai Perak. Empangan yang dibina bukan sahaja berfungsi sebagai menjaga kuasa hidroelektrik sahaja, malah dapat membekalkan air untuk keperluan domestic dan kilang seperti di empangan Sungai Batu, Klang Gates, Sungai Semenyih dan Hulu Langat. Selain itu, empangan yang dibina dapat mengawal banjir serta menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk berekreasi dan mengunjungi tempat tersebut, seperti di Tasik Kenyir.
            Walau bagaimanapun, transformasi tenaga turut memberi kesan terhadap aspek penjagaan alam sekitar, yang akan membawa kepada kesan rumah hijau. Peningkatan kepekatan gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida, metana, dan nitrus oksida di etmosfefa akan menyebabkan peningkatan suhu dan juga berlakunya pemanasan global. Gas rumah hijau boleh datang dari pelbagai sektor sama ada tenaga, industri, perladangan dan sebagainya. Keadaan ini, boleh dikurangkan melalui sektor tenaga di mana sektor ini mempunyai pilihan sumber sama ada ingin menggunakan tenaga yang dianggap bersih atau tidak. Tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar, angin dan hidro boleh menyokong, tetapi ia mempunyai kelemahan tersendiri, iaitu halangan untuk mengintegrasikan semua tenaga ini kepada satu sistem.
            Kesimpulannya, transformasi tenaga adalah bertujuan untuk membantu manusia bagi memudahkan urusan harian. Situasi ini, akan meningkatkan taraf hidup manusia serta kehendak mereka dapat dituruti dengan mudah. Di samping kehendak manusia tercapai, keuntungan ekonomi juga di ambil kira dalam membangunkan sesebuah negara. Ekoran daripada isu pemanasan global hasil daripada kegiatan manusia yang menyebabkan kesan rumah hijau, menyebabkan wujudnya pembangunan lestari serta tenaga nuklear dilihat sebagai pilihan yang terbaik dalam memenuhi semua kretiria yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment