Pembangunan
yang akan dijalankan, perlu melalaui satu penilaian bagi membantu sesuatu
projek tersebut dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Dalam membuat
penilaian, terhadap sesuatu projek biasanya akan melibatkan penilaian dari segi
penilaian impak sosial (SIA) dan juga penilaian impak alam sekitar (EIA).
Kedua-dua kaedah ini perlu digunakan dalam membuat sesuatu projek pembangunan
bagi menjaga atau memelihara alam sekitar serta kebajikan sosial.
SIA
adalah satu proses untuk mengenal pasti, meramal dan juga menilai serta
menyampaikan maklumat berkaitan dengan impak sosial kepada masyarakat mengenai
perlaksaaan dasar pembangunan, rancangan ataupun program yang dijalankan. SIA
dilaksanakan bagi melihat impak sesuatu program dan projek terhadap individu
dan masyarakat. Selain itu, SIA turut membantu dalam mengkaji dan meramal kesan
sosial terhadap individu dan komuniti yang mungkin timbul akibat pembangunan
sesuatu projek serta mencadangkan langkah yang sesuai dalam menjaga
kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat setempat. SIA digunakan bagi membuat
penilaian awal untuk meluluskan sesuatu projek pembangunan yang dicadangkan.
Manakala,
EIA pula merupakan satu penyelidikan yang dijalankan bagi mengenal pasti,
meramal, menilai dan menyampaikan maklumat berkaitan dengan alam sekitar
terhadap kesan yang akan diperolehi apabila sesuatu projek pembangunan dijalankan.
Ia juga akan menjelaskan mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi
menjamin kesan yang akan diperolehi dapat dikurangkan apabila sesuatu projek
telah diluluskan. EIA sangat diperlukan dalam pembangunan sesuatu projek
sebagai kawalan untuk mengelakkan masalah alam sekitar yang berkemungkinan
terganggu atau pupus disebabkan oleh perlaksanaan sesuatu projek. Selain itu,
apabila EIA diaplikasikan dalam perancangan dan struktur penyelesaian masalah
memberikan maklumat tambahan bagi membuat keputusan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment