1.0 PENGKID
Budaya pengkid telah meresap masuk
dalam budaya hidup di Malaysia sejak dahulu lagi, namun pada hari ini budaya
ini semakin memberangsangkan di kalangan remaja Malaysia. Pengkid atau dikenali
juga sebagai perempuan yang mempunyai penampilan seperti lelaki yang melibatkan
tingkahlaku, gaya percakapan dan rupa paras seolah-olah lelaki dan lebih tepat
lagi naluri mereka lebih terarah kepada lelaki. Selain itu, mereka mempunyai
lebih perasaan cinta dan sayang terhadap perempuan dan susah untuk mencintai
lelaki.
Perkataan pengkid berasal daripada
bahasa slanga. Pengkid dalam bahasa Melayu merujuk kepada seks homoseksualiti
dalam kalangan remaja perempuan yang juga merujuk kepada lesbian. Mereka ini
lebih meminati kaum sendiri berbanding kaum Adam untuk dijadikan pasangan
hidup.
1.1
Faktor-faktor:
Diri sendiri
Masalah
pengkid dalam kalangan remaja perempuan timbul disebabkkan oleh diri sendiri
yang keliru dengan gaya hidup pada hari ini. Kebanyakan anak remaja pada masa
kini masih berada dalam keadaan keliru terhadap identiti diri sendiri yang
tidak dapat membezakan tingkah laku remaja perempuan dengan lelaki. Selain itu,
mereka berpendapat semua benda atau pekerjaan boleh dilakukan sebagaimana
lelaki lakukan.
Keluarga
Selain
itu, faktor latar belakang keluarga yang mempunyai ahli lelaki yang ramai
berbanding perempuan turut menyumbang kepada berlakunya masalah pengkid dalam
masyarakat hari ini. Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki yang ramai,
kebanyakannya akan mendidik anak perempuan mereka sama dengan anak lelaki. Hal
ini akan menjadi satu kebiasaan bagi anak-anak perempuan apabila mereka
meningkat dewasa. Misalnya, mereka yang sering berpakaian seperti lelaki
semenjak kecil akan rasa selesa untuk memperagakan pakaian leleki apabila
meningkat dewasa. Tambahan pula, ibu bapa tidak pernah mengambil tahu terdapat
penampilan anak perempuan mereka sewaktu anak mereka meningkat dewasa.
Rakan sebaya
Pengaruh
rakan-rakan melengkapkan lagi identiti pengkid apabila rakan perempuan sering
mendorong golongan ini untuk terus kekal dengan identiti pengkid. Kawan
perempuan yang sering mengambil berat tentang perasaan mereka serta menjadi
teman yang paling rapat denganya sewaktu ditimpa masalah menyebabkan mereka
terperangkap dalam dunia mereka sendiri. Kasih sayang yang mereka terima dalam
hubungan sebagai rakan sesama jenis akan mula bertukar menjadi serius apabila
pihak rakan yang lain menyokong tindakan yang dilakukan itu.
1.2
Kesan:
Isu
pengkid dalam kalangan remaja pada masa kini, semakin meningkat dan ia memberi kesan
yang mendalam terhadap kehidupan sekarang. Antara kesan yang dapat dilihat
adalah golongan pengkid mula bergerak melalui kumpulan yang mereka tubuh
sendiri. Golongan ini juga mula hilang minat untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat seterusnya kerana mereka hanyut dengan dunia ciptaan mereka sendiri.
Selain
itu, golongan ini lebih terdorong menjalinkan hubungan sesama jenis iaitu minat
kepada perempuan melebihi minat terhadap lelaki. Ada sesetengah antara golongan
ini yang mengambil keputusan untuk hidup bersama dengan pasangan sejenis
sepanjang hayat iaitu lebih tepat lagi berkahwin dengan pasangan mereka.
Kesan
lain adalah nilai ketimuran seseorang wanita dalam masyakat Malaysia mula pudar
terutama dalam institusi kekeluargaan. Hal ini terjadi ekoran daripada tindakan
remaja perempuan yang mula beralih penampilan diri melalui pemakaian dan juga
pergaulan yang lebih menampilkan identiti seorang lelaki dalam diri mereka.
1.3 Langkah Mengatasi:
Didikan agama yang
cukup
Bagi
mengatasi masalah pengkid dalam kalangan masyarakat hari ini adalah dengan
memberikan didikan agama yang cukup terhadap anak-anak sejak awal usia lagi.
Bak kata pepatah ‘meluntur buluh biarlah dari rebungnya’, dengan ini anak-anak
muda boleh menilai yang mana baik dan buruk sesuatu tindakan yang mereka
lalukan sama ada boleh mendatangkan kebaikan atau tidak seuatu hari kelak.
Tambahan pula, agama islam melarang sama sekali perempuan menyerupai lelaki
dalam kalangan umatnya. Ini telah diperkukuhkan dengan hadis daripada Ibn
Abbas, nabi s.a.w bersabda bermaksud:
“Allah
melaknak golongan perempuan yang menyerupai lelaki, dan lelaki yang menyerupai
perempuan”.
(Hadis
riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmiza, Ibn Majah dan Ahmad)
Keluarga atau
masyarakat
Peranan
keluarga dan masyarakat amat diperlukan dalam membandung masalah pengkid pada
masa kini. Keluarga perlu serius dalam mendidik anak-anak mereka dengan memberi
didikan agama yang cukup, mengambil tahu masalah anak-anak serta meluangkan
masa yang lebih bersama anak-anak agar mereka tidak rasa kesunyian. Selain itu,
ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Sebagai ibu bapa juga,
mereka seharusnya menjadikan anak-anak sebagai teman yang paling rapat atau
kawan baik iaitu sentiasa berkongsi kegembiraan dan juga kesedihan anak-anak
mereka untuk mengurangkan jurang antara keluarga.
Bagi
masyarakat pula, perlu menjadi pendengar yang baik terhadap masalah remaja dan
seharusnya memberi peluang kedua bagi setiap remaja yang ingin berubah.
Bukannya terus menghukum, mencaci atau memulau mereka yang mengalami masalah
atau konflik dalam hidup.