Saturday, November 16, 2013

Masalah Sosial: Pengkid


1.0 PENGKID
            Budaya pengkid telah meresap masuk dalam budaya hidup di Malaysia sejak dahulu lagi, namun pada hari ini budaya ini semakin memberangsangkan di kalangan remaja Malaysia. Pengkid atau dikenali juga sebagai perempuan yang mempunyai penampilan seperti lelaki yang melibatkan tingkahlaku, gaya percakapan dan rupa paras seolah-olah lelaki dan lebih tepat lagi naluri mereka lebih terarah kepada lelaki. Selain itu, mereka mempunyai lebih perasaan cinta dan sayang terhadap perempuan dan susah untuk mencintai lelaki.
            Perkataan pengkid berasal daripada bahasa slanga. Pengkid dalam bahasa Melayu merujuk kepada seks homoseksualiti dalam kalangan remaja perempuan yang juga merujuk kepada lesbian. Mereka ini lebih meminati kaum sendiri berbanding kaum Adam untuk dijadikan pasangan hidup.

1.1  Faktor-faktor:
Diri sendiri
Masalah pengkid dalam kalangan remaja perempuan timbul disebabkkan oleh diri sendiri yang keliru dengan gaya hidup pada hari ini. Kebanyakan anak remaja pada masa kini masih berada dalam keadaan keliru terhadap identiti diri sendiri yang tidak dapat membezakan tingkah laku remaja perempuan dengan lelaki. Selain itu, mereka berpendapat semua benda atau pekerjaan boleh dilakukan sebagaimana lelaki lakukan.
Keluarga
Selain itu, faktor latar belakang keluarga yang mempunyai ahli lelaki yang ramai berbanding perempuan turut menyumbang kepada berlakunya masalah pengkid dalam masyarakat hari ini. Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki yang ramai, kebanyakannya akan mendidik anak perempuan mereka sama dengan anak lelaki. Hal ini akan menjadi satu kebiasaan bagi anak-anak perempuan apabila mereka meningkat dewasa. Misalnya, mereka yang sering berpakaian seperti lelaki semenjak kecil akan rasa selesa untuk memperagakan pakaian leleki apabila meningkat dewasa. Tambahan pula, ibu bapa tidak pernah mengambil tahu terdapat penampilan anak perempuan mereka sewaktu anak mereka meningkat dewasa.
Rakan sebaya
Pengaruh rakan-rakan melengkapkan lagi identiti pengkid apabila rakan perempuan sering mendorong golongan ini untuk terus kekal dengan identiti pengkid. Kawan perempuan yang sering mengambil berat tentang perasaan mereka serta menjadi teman yang paling rapat denganya sewaktu ditimpa masalah menyebabkan mereka terperangkap dalam dunia mereka sendiri. Kasih sayang yang mereka terima dalam hubungan sebagai rakan sesama jenis akan mula bertukar menjadi serius apabila pihak rakan yang lain menyokong tindakan yang dilakukan itu.
1.2  Kesan:
Isu pengkid dalam kalangan remaja pada masa kini, semakin meningkat dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan sekarang. Antara kesan yang dapat dilihat adalah golongan pengkid mula bergerak melalui kumpulan yang mereka tubuh sendiri. Golongan ini juga mula hilang minat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya kerana mereka hanyut dengan dunia ciptaan mereka sendiri.
Selain itu, golongan ini lebih terdorong menjalinkan hubungan sesama jenis iaitu minat kepada perempuan melebihi minat terhadap lelaki. Ada sesetengah antara golongan ini yang mengambil keputusan untuk hidup bersama dengan pasangan sejenis sepanjang hayat iaitu lebih tepat lagi berkahwin dengan pasangan mereka.
Kesan lain adalah nilai ketimuran seseorang wanita dalam masyakat Malaysia mula pudar terutama dalam institusi kekeluargaan. Hal ini terjadi ekoran daripada tindakan remaja perempuan yang mula beralih penampilan diri melalui pemakaian dan juga pergaulan yang lebih menampilkan identiti seorang lelaki dalam diri mereka.
1.3 Langkah Mengatasi:
Didikan agama yang cukup
Bagi mengatasi masalah pengkid dalam kalangan masyarakat hari ini adalah dengan memberikan didikan agama yang cukup terhadap anak-anak sejak awal usia lagi. Bak kata pepatah ‘meluntur buluh biarlah dari rebungnya’, dengan ini anak-anak muda boleh menilai yang mana baik dan buruk sesuatu tindakan yang mereka lalukan sama ada boleh mendatangkan kebaikan atau tidak seuatu hari kelak. Tambahan pula, agama islam melarang sama sekali perempuan menyerupai lelaki dalam kalangan umatnya. Ini telah diperkukuhkan dengan hadis daripada Ibn Abbas, nabi s.a.w bersabda bermaksud:
            “Allah melaknak golongan perempuan yang menyerupai lelaki, dan lelaki yang menyerupai perempuan”.
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmiza, Ibn Majah dan Ahmad)
Keluarga atau masyarakat
Peranan keluarga dan masyarakat amat diperlukan dalam membandung masalah pengkid pada masa kini. Keluarga perlu serius dalam mendidik anak-anak mereka dengan memberi didikan agama yang cukup, mengambil tahu masalah anak-anak serta meluangkan masa yang lebih bersama anak-anak agar mereka tidak rasa kesunyian. Selain itu, ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Sebagai ibu bapa juga, mereka seharusnya menjadikan anak-anak sebagai teman yang paling rapat atau kawan baik iaitu sentiasa berkongsi kegembiraan dan juga kesedihan anak-anak mereka untuk mengurangkan jurang antara keluarga.
Bagi masyarakat pula, perlu menjadi pendengar yang baik terhadap masalah remaja dan seharusnya memberi peluang kedua bagi setiap remaja yang ingin berubah. Bukannya terus menghukum, mencaci atau memulau mereka yang mengalami masalah atau konflik dalam hidup. 

No comments:

Post a Comment