Sunday, November 17, 2013

Pengenalan Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan merupakan satu dokumen bertulis bagi sesebuah perniagaan. Rancangan perniagaan juga merupakan satu laporan lengkap bagi sesebuah perniagaan yang merangkumi aspek produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, deskripsi perniagaan, pengurusan, operasi pemasaran, dan kewangan. Rancangan perniagaan yang dibuat juga harus mengandungi dan menerangkan visi dan bagaimana visi tersebut dapat diterjemahkan kepada satu bentuk perniagaan yang menguntungkan.
            Beberapa kepentingan menyediakan rancangan perniagaan yang lengkap antara kepentingan adalah perancangan yang dilakukan pada peringkat awal dapat mengurangkan risiko kegagalan dalam perniagaan hal ini kerana usahawan juga dapat mengenal pasti kelemahan dan kesilapan di atas kertas sebelum perniagaan dilaksanakan. Seterusnya dengan adanya rancangan perniagaan, usahawan berasa yakin dengan keupayaan untuk menjalankan operasi perniagaannya. Kepentingan rancangan perniagaan yang seterusnya ialah dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal yang diperlukan, bila modal diperlukan dan untuk apa modal dibelanjakan.

            Rancangan perniagaan yang dibuat hendaklah baik, komprehensif, mudah difahami serta mempunyai andai-andaian yang realistik boleh dihasilkan jika beberapa panduan yang dinyatakan dalam bahagian-bahagian yang seterusnya dapat di aplikasikan dengan berkesan. Rancangan perniagaan yang berkesan akan memberi kesan dan dapat mempengaruhi pembaca untuk membuat keputusan pelaburan. Rancangan perniagaan penting kerana untuk memastikan sesebuah perniagaan berjaya di samping itu juga dapat menarik minat usahawan, pelanggan, pembekal, pemberi pinjaman dan pelabur.

No comments:

Post a Comment