Sunday, November 17, 2013

Pengenalan Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan merupakan satu dokumen bertulis bagi sesebuah perniagaan. Rancangan perniagaan juga merupakan satu laporan lengkap bagi sesebuah perniagaan yang merangkumi aspek produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, deskripsi perniagaan, pengurusan, operasi pemasaran, dan kewangan. Rancangan perniagaan yang dibuat juga harus mengandungi dan menerangkan visi dan bagaimana visi tersebut dapat diterjemahkan kepada satu bentuk perniagaan yang menguntungkan.
            Beberapa kepentingan menyediakan rancangan perniagaan yang lengkap antara kepentingan adalah perancangan yang dilakukan pada peringkat awal dapat mengurangkan risiko kegagalan dalam perniagaan hal ini kerana usahawan juga dapat mengenal pasti kelemahan dan kesilapan di atas kertas sebelum perniagaan dilaksanakan. Seterusnya dengan adanya rancangan perniagaan, usahawan berasa yakin dengan keupayaan untuk menjalankan operasi perniagaannya. Kepentingan rancangan perniagaan yang seterusnya ialah dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal yang diperlukan, bila modal diperlukan dan untuk apa modal dibelanjakan.

            Rancangan perniagaan yang dibuat hendaklah baik, komprehensif, mudah difahami serta mempunyai andai-andaian yang realistik boleh dihasilkan jika beberapa panduan yang dinyatakan dalam bahagian-bahagian yang seterusnya dapat di aplikasikan dengan berkesan. Rancangan perniagaan yang berkesan akan memberi kesan dan dapat mempengaruhi pembaca untuk membuat keputusan pelaburan. Rancangan perniagaan penting kerana untuk memastikan sesebuah perniagaan berjaya di samping itu juga dapat menarik minat usahawan, pelanggan, pembekal, pemberi pinjaman dan pelabur.

Saturday, November 16, 2013

Masalah Sosial: Pengkid


1.0 PENGKID
            Budaya pengkid telah meresap masuk dalam budaya hidup di Malaysia sejak dahulu lagi, namun pada hari ini budaya ini semakin memberangsangkan di kalangan remaja Malaysia. Pengkid atau dikenali juga sebagai perempuan yang mempunyai penampilan seperti lelaki yang melibatkan tingkahlaku, gaya percakapan dan rupa paras seolah-olah lelaki dan lebih tepat lagi naluri mereka lebih terarah kepada lelaki. Selain itu, mereka mempunyai lebih perasaan cinta dan sayang terhadap perempuan dan susah untuk mencintai lelaki.
            Perkataan pengkid berasal daripada bahasa slanga. Pengkid dalam bahasa Melayu merujuk kepada seks homoseksualiti dalam kalangan remaja perempuan yang juga merujuk kepada lesbian. Mereka ini lebih meminati kaum sendiri berbanding kaum Adam untuk dijadikan pasangan hidup.

1.1  Faktor-faktor:
Diri sendiri
Masalah pengkid dalam kalangan remaja perempuan timbul disebabkkan oleh diri sendiri yang keliru dengan gaya hidup pada hari ini. Kebanyakan anak remaja pada masa kini masih berada dalam keadaan keliru terhadap identiti diri sendiri yang tidak dapat membezakan tingkah laku remaja perempuan dengan lelaki. Selain itu, mereka berpendapat semua benda atau pekerjaan boleh dilakukan sebagaimana lelaki lakukan.
Keluarga
Selain itu, faktor latar belakang keluarga yang mempunyai ahli lelaki yang ramai berbanding perempuan turut menyumbang kepada berlakunya masalah pengkid dalam masyarakat hari ini. Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki yang ramai, kebanyakannya akan mendidik anak perempuan mereka sama dengan anak lelaki. Hal ini akan menjadi satu kebiasaan bagi anak-anak perempuan apabila mereka meningkat dewasa. Misalnya, mereka yang sering berpakaian seperti lelaki semenjak kecil akan rasa selesa untuk memperagakan pakaian leleki apabila meningkat dewasa. Tambahan pula, ibu bapa tidak pernah mengambil tahu terdapat penampilan anak perempuan mereka sewaktu anak mereka meningkat dewasa.
Rakan sebaya
Pengaruh rakan-rakan melengkapkan lagi identiti pengkid apabila rakan perempuan sering mendorong golongan ini untuk terus kekal dengan identiti pengkid. Kawan perempuan yang sering mengambil berat tentang perasaan mereka serta menjadi teman yang paling rapat denganya sewaktu ditimpa masalah menyebabkan mereka terperangkap dalam dunia mereka sendiri. Kasih sayang yang mereka terima dalam hubungan sebagai rakan sesama jenis akan mula bertukar menjadi serius apabila pihak rakan yang lain menyokong tindakan yang dilakukan itu.
1.2  Kesan:
Isu pengkid dalam kalangan remaja pada masa kini, semakin meningkat dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan sekarang. Antara kesan yang dapat dilihat adalah golongan pengkid mula bergerak melalui kumpulan yang mereka tubuh sendiri. Golongan ini juga mula hilang minat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya kerana mereka hanyut dengan dunia ciptaan mereka sendiri.
Selain itu, golongan ini lebih terdorong menjalinkan hubungan sesama jenis iaitu minat kepada perempuan melebihi minat terhadap lelaki. Ada sesetengah antara golongan ini yang mengambil keputusan untuk hidup bersama dengan pasangan sejenis sepanjang hayat iaitu lebih tepat lagi berkahwin dengan pasangan mereka.
Kesan lain adalah nilai ketimuran seseorang wanita dalam masyakat Malaysia mula pudar terutama dalam institusi kekeluargaan. Hal ini terjadi ekoran daripada tindakan remaja perempuan yang mula beralih penampilan diri melalui pemakaian dan juga pergaulan yang lebih menampilkan identiti seorang lelaki dalam diri mereka.
1.3 Langkah Mengatasi:
Didikan agama yang cukup
Bagi mengatasi masalah pengkid dalam kalangan masyarakat hari ini adalah dengan memberikan didikan agama yang cukup terhadap anak-anak sejak awal usia lagi. Bak kata pepatah ‘meluntur buluh biarlah dari rebungnya’, dengan ini anak-anak muda boleh menilai yang mana baik dan buruk sesuatu tindakan yang mereka lalukan sama ada boleh mendatangkan kebaikan atau tidak seuatu hari kelak. Tambahan pula, agama islam melarang sama sekali perempuan menyerupai lelaki dalam kalangan umatnya. Ini telah diperkukuhkan dengan hadis daripada Ibn Abbas, nabi s.a.w bersabda bermaksud:
            “Allah melaknak golongan perempuan yang menyerupai lelaki, dan lelaki yang menyerupai perempuan”.
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmiza, Ibn Majah dan Ahmad)
Keluarga atau masyarakat
Peranan keluarga dan masyarakat amat diperlukan dalam membandung masalah pengkid pada masa kini. Keluarga perlu serius dalam mendidik anak-anak mereka dengan memberi didikan agama yang cukup, mengambil tahu masalah anak-anak serta meluangkan masa yang lebih bersama anak-anak agar mereka tidak rasa kesunyian. Selain itu, ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Sebagai ibu bapa juga, mereka seharusnya menjadikan anak-anak sebagai teman yang paling rapat atau kawan baik iaitu sentiasa berkongsi kegembiraan dan juga kesedihan anak-anak mereka untuk mengurangkan jurang antara keluarga.
Bagi masyarakat pula, perlu menjadi pendengar yang baik terhadap masalah remaja dan seharusnya memberi peluang kedua bagi setiap remaja yang ingin berubah. Bukannya terus menghukum, mencaci atau memulau mereka yang mengalami masalah atau konflik dalam hidup. 

Friday, November 15, 2013

SIA dan EIA dalam pembangunan

Pembangunan yang akan dijalankan, perlu melalaui satu penilaian bagi membantu sesuatu projek tersebut dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Dalam membuat penilaian, terhadap sesuatu projek biasanya akan melibatkan penilaian dari segi penilaian impak sosial (SIA) dan juga penilaian impak alam sekitar (EIA). Kedua-dua kaedah ini perlu digunakan dalam membuat sesuatu projek pembangunan bagi menjaga atau memelihara alam sekitar serta kebajikan sosial.

SIA adalah satu proses untuk mengenal pasti, meramal dan juga menilai serta menyampaikan maklumat berkaitan dengan impak sosial kepada masyarakat mengenai perlaksaaan dasar pembangunan, rancangan ataupun program yang dijalankan. SIA dilaksanakan bagi melihat impak sesuatu program dan projek terhadap individu dan masyarakat. Selain itu, SIA turut membantu dalam mengkaji dan meramal kesan sosial terhadap individu dan komuniti yang mungkin timbul akibat pembangunan sesuatu projek serta mencadangkan langkah yang sesuai dalam menjaga kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat setempat. SIA digunakan bagi membuat penilaian awal untuk meluluskan sesuatu projek pembangunan yang dicadangkan.


Manakala, EIA pula merupakan satu penyelidikan yang dijalankan bagi mengenal pasti, meramal, menilai dan menyampaikan maklumat berkaitan dengan alam sekitar terhadap kesan yang akan diperolehi apabila sesuatu projek pembangunan dijalankan. Ia juga akan menjelaskan mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi menjamin kesan yang akan diperolehi dapat dikurangkan apabila sesuatu projek telah diluluskan. EIA sangat diperlukan dalam pembangunan sesuatu projek sebagai kawalan untuk mengelakkan masalah alam sekitar yang berkemungkinan terganggu atau pupus disebabkan oleh perlaksanaan sesuatu projek. Selain itu, apabila EIA diaplikasikan dalam perancangan dan struktur penyelesaian masalah memberikan maklumat tambahan bagi membuat keputusan yang lebih baik.